Friday 30 November 2012

dari denim ke blogskin


hola kawan!!
hari ni wa tukar baju blog wa.
boringlah guna biru-pink, biru-pink.
sebenarnya wa salah edit.
semalam wa tukar width dia then tetiba jadi mantong pulak blog aku ni.
jadi dalam keadaan separuh rela aku guna blogskin sebab wa dah malas nak layang coding-coding yang kadang-kadang memeningkan kepala wa.
jadi tara!!!
ni ler blog baru wa. 
hitam itu menawan right?
aina hanani punya. 
wa cilok dia punya skin then wa tukar sikit-sikit kasi cun.
cun ke?
lepas ni wa nak buang salji yang turun ni semua.
tak kena ngan jiwa wa.

*tetiba kata ganti aku jadi wa. ohsem.

Thursday 29 November 2012

beza cinta, sayang, minat dan suka

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Wednesday 28 November 2012

biodata someone yang comel

sekadar ilustrasi 

nama dia nur azura binti mohamad. umur dia 15 tahun 10 bulan 3 minggu 6 hari (hari ni; 25/11/2012) tarikh lahir dia 29/12/1996. nak bagi hadiah hantar aje dekat sungai manik. dia ni famous orangnya. tempat lahir di atas katil di hospital teluk intan. hobi budak comel ni dedulu kala main. then bertukar hobi menonton televisyen. kemudian berhijrah ke arah yang lebih baik iaitu membaca novel. bila mak dia dah tak kasi beli novel dia tukar hobi dia ke mengumpul lagu-lagu k-pop yang menjadikan dia k-pop lover yang tegar. seterusnya dia menukar hobinya. hobi terbarunya ialah meminati seorang hamba ALLAH. cita-cita dia masih tidak pasti tapi cadangnya dia nak jadi gabenor Amerika Syarikat. kalau tak dapat jadi gabenor Amerika Syarikat dia cadang nak jadi arkitek mungkin. time kecik-kecik dulu dia ni nak kerja dekat pejabat tapi tak pasti bidang apa. makanan feveret ialah makanan yang sedap-sedap. kalau aku cakap nasi pataya ada jugak yang tak sedap. minuman kegemaran dia tak kesah. apa-apa pun dia sapu tapi kena manis. kalau macam tu jadi kesah lah. kenangan manis dia ni pelik sikit jadi sila bersabar. kenangan manis dia adalah apabila dapat meminati abang macho dalam jarak jauh. time tu aku sangat obses minat dengan abang macho ni walaupun ramai yang kata tak handsome langsung. nasib baik dia ni ada tukang backing iaitu kak ngah yang tumpang minat ngan abang macho. kenangan pahit .... nama pun kenangan pahit. for sure pahit untuk di cerita. lain kali ajelah. siapa yang kenal dia clue dia time darjah 2 SK Sungai Tungku. siapa tahu senyap-senyap aje. ambik duit dalam dompek ngko then diam-diam. bekas sekolah dia ni cuma ada dua iaitu SK Sungai Tungku dan SMK Sungai Manik. lain-lain. tarak. sesiapa yang nak kenal dia cari ler kat facebuk!

obseskah aku?

aku tertanya-tanya. obseskah aku terhadap dia?
rasanya tak.
sebab aku tak beria-ia sangat minat ngan dia.
aku rasa apa yang aku cakap ngan kawan-kawan aku selama ni hanya untuk menghidupkan suasana.
arhh.. malas aku nak fikir.

Tuesday 27 November 2012

aku terfikir

adakah dia tahu tentang kewujudan blog aku
yang dulunya menceritakan tentang kewujudan dia dalam hidup aku. cewah...
blog ecah yang aku sendiri tak tahu pun dia boleh tahu.
ke ecah ada buat status pasal entry dia yang tu.
ada lah kot kalo tak tak kan dia boleh tahu.

dulu aku selalu takut kalau dia dapat tahu tentang kewujudan blog aku
yelah aku cerita pasal dia.
boleh malu setahun woo..
harap dia tak tahu.
dan harap jugak tak ada telefon berkarat yang tolong bagitau dia.
huhu...

Monday 26 November 2012

aku malu bila dia tahu

perbualan antara adik dia dan dia

adik dia; weyh, ada orang suka kat kau.
dia; hah siapa?-dengan dahi berkerut
adik dia; budak kelas kau jugak.
dia; siapa?
adik dia; adalah.

setelah beberapa lama dia tertanya-tanya dia tanya adik dia.

dia; bagitaulah siapa yang suka aku tu
adik dia; err... tak bolehlah. 
dia; alah... bagitahu lah.
adik dia; dia orang paling bising dalam kelas kau.
dia; azura? 
adik dia; tak angguk, tak geleng.

argghh malu! dia tahu.
*berdasarkan penceritaan dari kawan aku yang baik. lebih kurang macam ni lah.

Sunday 25 November 2012

sayang


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

*rindu nak tulis entry pasal dia :'( 

Saturday 24 November 2012

Segmen:Add Follower Di Blog

assalammualaikum..
*click banner untuk join

Ulasan Idola Kecil 5

baru lepas tengok idola kecil 5. tahap keseronokkan 4/10. biasa jer.
tak best lah  penyingkiran awal-awal. then si  alif satar nya pulak meleret-leret nak bagi tau siapa yang tersingkir. adalah dalam 15 minit.
hari ni dengan baik hatinya aku nak komen pasal diaorang ni. eh, aku ahli 3 suara tau.
first of all,

tisya;
-mempunyai seluar yang pelik. seluar tidur ke atau aku yang tak tahu fesyen terkini.
-mata sepet macam anak cina
-suara. emm... ada part-part yang dia ni kepit suara. mungkin faktor lagu

izwan
-muka macam azizah, member aku tapi versi lelaki punya.
-malu nak ngaku  cakap kau handsomelah. ceh, malu ker?
-seriously, suara macam perempuan. aku memula dengar dulu ingat perempuan. bersyukur dengan anugerah Allah.
-bila kau nyanyi tadi macam penat aje.

marsha
-tahap kesedapan suara 7/10.
-no comment

ben
-tomey. aku tak caya bila si acis cakap dia ni 11 tahun. adik aku yang 10 tahun pun dua tiga kali ganda lebih besar dari ben. *adik aku tu belum baligh
-suara serak-serak basah. ler kot. aku pun bukannya tahu sangat jenis suara kau.
-asal ko nyanyi aje mesti macam rap dan tercunggap-cunggap.
-yg aku perasan ko suka pakai cermin mata  bingkai tanpa cermin dan seluar berwarna. dan cap. sori ler beb, aku tak berapa berkenan ngan seluar bercolour2 ni.

an-nur
-tahap kesedapan suara 8/10.
-no comment

wana
-aku tengok kau macam suka pakai skirt gaun entah lah namanya apa. tak tahu aku namanya apa.
-tahap kesedapan suara 8/10
-nampak macam boleh bertahan sampai final.

zul
-mata sepet sikit
-mak aku tanya "lelaki ke perempuan ni?" tanpa pandang skrin tv
-suara.. boleh tahan ............
-muka macam adik aizat yang form 1 tu

darling
-tahap kesedapan suara 8/10
-no comment

aina
-suara agak pelik tapi aku cuba menerima.
-apsal nyanyi macam sedih aje. layu semacam aje.
-bila nyanyi dalam nada yang tinggi tak sodap. maaf, aku tak tahu pasal seni terpekik terlolok ni. *salah eja. lantak.

farah
-wa tabik sama lu. hebat dowh bila kau boleh main piano dengan jayanya.
-suara yang sedap. 8/10

maaf kalo ada peserta yang tertinggal. mungkin tak perasan. ni komen aku selalu juri tak bertauliah dan penonton. sebarang bantahan sila kemukakan di bahagian komen or shoutbox. terima kasih.

Saturday 17 November 2012

dah lama tak gelak

cuti sekolah.
stress aku duduk dekat rumah.
*sebenarnya aku balas buat kerja rumah
kena menyapu. sidai kain. pergi kedai. *fake
bila aku kira-kira balik dah 2 minggu aku tak gelak dengan gembiranya.
huhu...
besok ada kelas tambahan.
nak gelak sepuas-puasnya.

Novel: Can You Be My Imam?

sinopsis;
ZAHRA disuruh oleh abahnya untuk memujuk Fakhri agar masuk ke dalam syarikat abahnya. Jika Zahra tidak dapat melaksanakan tugas yang diberi Zahra harus berkahwin. Jika Zahra berjaya menarik Fakhri melangkah masuk ke dalam syarikat abahnya Zahra tidak perlu berkahwin.

Tempoh untuk melaksanakan misi ialah selama dua bulan. Namun lain pula misi yang Zahra lakukan. Misi utama Zahra ialah memburu anak Haji Isa, Shaz. Jika ditanya ianya sebagai back-up jika Fakhri tidak mahu masuk ke dalam syarikat abahnya. Tapi jiran sebelah neneknya itu jual mahal pula dengannya. 

"Maaf. Saya memegang prinsip 'Say No To Couple'"- Shaz.

Setelah tamat tempoh dua bulan yang diberikan. Zahra pulang ke Kuala Lumpur bersama perasaan yang tidak berbalas. Fakhri bersetuju untuk berkerja di syarikat ayah angkatnya itu. Pulang ke Kuala Lumpur dia dikhabarkan dengan berita mamanya mengandung. Berita yang langsung tidak dijangka.

Ketika mamanya melahirkan adik-adiknya(kembar lelaki) mama Zahra disahkan meninggal dunia akibat komplikasi. Ketika itu Zahra sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Setelah empat tahun berlalu, Zahra pulang ke Malaysia. Jawatan yang dipegang abahnya suatu ketika dulu dipegang oleh Zahra. Tanpa pengetahuan Zahra, ketika Zahra masih diluar negara abahnya telah berkahwin dengan mak Shaz. Haji Isa dah meninggal dunia. Namun Zahra tidak kesah sebab Mak Yam, mak Shaz sporting habis dengannya. Lagipun adik-adiknya memerlukan kasih sayang seorang mak.

Shaz? Dia pun pindah rumah abah Zahra. Zahra? Gembira habis! Bertambah gembira apabila Shaz di suruh berkerja di syarikat abahnya dan Zahra menjadi mentor kepada Shaz. Memang banyaklah masa Zahra bersama dengan Shaz. 

Perasaan Zahra terhadap Shaz semakin mekar. Shaz? Masih sejuk beku dengan dirinya. Dengan bantuan adik-adik kembarnya Zahra dapat menghabiskan masa bersama dengan Shaz.  

Satu hari, dengan beraninya Zahra melamar Shaz sebagai imamnya.

"Eh, Siti Khadijah pun lamar Nabi Muhammad. Asal aku tak boleh lamar kau pulak?"- Zahra.

"Shaz. Can You Be My Imam?"- Zahra

Shaz terdiam. 

Wednesday 14 November 2012

hey kawan! aku kembali

setelah beberapa ketika meninggalkan dunia blog
akhirnya... aku kembali aktif atas desakan kengkawan.
ceh, konon.
sekarang ni dah tak ada dah pasal budak mesir.
bahaya datang dari pelbagai sudut!
entry lepas-lepas pun aku dah padam
yang ada cuma surat lupakan dia je.
sayang ngan surat tu.
kot-kot aku ada jodoh ngan budak mesir ke?
boleh tunjukkan surat tu dekat dia.
ah!  aku dah mula perasan.
yang kat belakang tu.
hah kau lah.
kalau menyampah block terus aje blog aku ni.
tak kesah.
sekian...

coretan hati seorang hamba ALLAH. :'D