Saturday 6 October 2012

i'am k-pop lover :'D



godek-godek komputer aku.
tetiba aje aku ternampak folder gambar korea
time  tu baru aku sedar yang dulu aku pernah minat korea.
bukti;


bukti aku pernah suka lagu korea aka k-pop


dah lama tak dengar lagu korea.
maaf lee min ho, super junior, kim bum, beast, cn blue, ft island. :'(
aku telah lupakan korang.
hey PSY! aku tak suka ngan ko walaupun ko asal korea.
aku benci tarian kengkang!!

zaman kanak-kanak dulu


hari ni aku rajin
jadi aku nak cerita zaman kanak-kanak aku dulu kala.
suka-suka aje aku buat benda ni

disebabkan aku ni duduk kampung dari dalam perut lagi jadi mainan aku ni semua pelik-pelik sikit.
dulu aku dengan kawan-kawan aku selalu main batu bata belakang rumah aku
batu bata tu cadang nak buat rumah tapi tak cukup modal.
tiap-tiap hari kitaorang akan ubah susunan batu bata tu
kejab jadi pejabat, kejab jadi restoran, jadi rumah.
kalau jadi pejabat kitaorang akan mintak tanda tangan sesama kitaorang.
kalau jadi restoran kitaorang akan datang restoran tu. konon nak beli makanan.
kalau jadi rumah datang rumah jiran.
pernah jugak jadikan bas. 
siap ada tiket lagi.
aku yang buat.
lepas tu bila awe terjumpa ular kat kawasan batu bata tu terus berhenti main kat situ.

satu hari tu jiran aku dia korek kolam ke, parit ke kitaorang akan main kat kawasan tu.
lepas tu korek tanah tu then jadikan tanah liat.
macam-macam lah aku buat.
benda paling hebat aku pernah buat ialah kamera digital.
kadang-kadang main jual-jual guna tanah liat tu.
feveret kuih ialah kuih karipap.
yang lain-lain semua kuih unknown. 
bila tanah liat tu dah keras  terus tak main dah
jadi main benda lain.

pernah jugak aku ngan member aku sekalian main 'traffic light' kat rumah aku.
halaman rumah aku dulu besar dan tak ada rumput
jadi senang nak main basikal.
lepas tu nanti buat lah line macam kat jalan raya.
sekejab-sekejab berhenti.
siap ada stesen minyak lagi.
stesen minyak tu dekat ampaian rumah aku.
bank dekat tingkap dan pokok durian depan rumah
*time tu pokok durian tu kecik lagi
jalan dalam dekat bawah rumah aku.
rumah aku macam  rumah melayu dulu-dulu kala.

bila dah besar sikit aku ngan member aku pernah main kahwin-kahwin.
bukan aku lah. member aku yang kena jadi pengantin.
aku siap buat tiara lagi.
bila ingat-ingat balik rasa nak gelak pun ada.
main kahwin-kahwin ni cepat jemu jadi main cuma sekali aje.

hmmm... rindu zaman kanak-kanak dulu. :'D

Friday 5 October 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

*click banner untuk join

hari ni aku nak menyibukkan diri untuk join segmen lyssa faizureen.
mesti join..
maklumlah... warga fofular
kak lyssa ni suruh aku jawab satu soalan ni

soalan:  kenapa korang berblog ? Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? Apa tujuan utama/asal korang berblog ? Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ?
Selitkan sekali , siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging . Lebih kurang macam idola la .. 

jawapan: aku berblog pada asalnya cuma suka-suka sebab time tu. nak jadi orang pertama ada blog dalam kelas aku. aku mula terjebak dalam bidang blogging bila aku beli satu buku pasal cara-cara membina blog dengan mudah. mudah? langsung aku tak faham. jadi aku cara blog tutorial kat google dan blogskin dan hasilnya sangat mujarab. tujuan asal. dulu aku tak ada tujuan asal. then bila aku suka ngan budak mesir tetiba aku jadikan budak mesir tu watak utama blog aku. tapi sejak member kelas aku mula menjejaki blog aku ni aku terpaksa padam post aku pasal budak mesir sebab malu lah weyh!! lagi malu kalau budak mesir tu tahu. jadi sekarang blog aku ni tengah tak ada motif. apa yang menarik tentang blog aku? ummm... macam tak ada je. sumber inspirasi aku dalam dunia blogging aka idola ialah kak pija. banyak tutorial dia yang aku dah cuba. mungkin sebab tutorial dia mudah difahami..

sekian..

tutorial make your own cursor effect

assalammualaikum..
hari ni tetiba aku nak ajar cara buat cursor effect.
tak lah asyik sparkling aje.
first of all, bukak sini dulu http://www.cursor-switch.com/
 lepas tu pilih mana yang korang suka.


 lepas tu dia akan keluar macam ni


dashboard > page elements > html > paste code tadi

Thursday 4 October 2012

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman

salam petang jumaat :D


SOALAN: "KENAPA SALLY KENA BAGI SOUVENIR DARI BANDUNG DEKAT SAYA?"
JAWAPAN: SEBAB AKU NI TAK DAPAT PEGI SANA. AWAK NI TAK MAMPU. TAK DAPAT JUMPA MAMAT HANDSOME KAT SANA PUN TAK APALAH. SEKURANG-KURANGNYA DAPAT JUGAK SOUVENIR DARI SANA YANG DIJUAL OLEH MAMAT HANDSOME TU.

Wednesday 3 October 2012

teringin nak buat segmen sendiri

sebenarnya... sebenarnya aku teringin nak buat segmen sendiri tapi aku takut tak dapat sambutan.
so dengan paru-paru separuh rela aku batalkan ler niat suci murni aku tu.
ho..ho..ho...
kalo ada keberanian aku buat segmen. :DD

tolong lah weyh...

aku tak suka kalau orang letak pic lepas tu tulis saya tak secantik awak.
nak je aku balas sedar pun diri tu 
tapi aku ni masih ada jantung dan paru-paru.
jadi aku tak sanggup nak cakap macam tu.
nanti karang aku pulak dibenci ramai.
hurmmmm...
then kadang2 ada pulak yang komen eh, tak lah. awak comey aje
hipokrit!!!
cuba lepas ni tulis.
aku lebih cantik dari kau
baru lah aku tak rasa orang yang tulis benda tu tunggu pujian.
siapa yang makan julap dia yang rasa nak terberak. =.='
*try to be myself