Sunday, 30 December 2012

Wednesday, 19 December 2012

tak nak duduk smk sg. manik dah

Jiran aku nk pindah. Bukan pindah rumah, pindah sekolah. Ramai pulak yang nak pindah sekolah. Yelah, semua tak nak duduk sekolah tu. Mungkin sebab sekolah tu sekolah cikai kot. Sekolah kampung!!! Tak ada siapa nak duduk sana. Ah, pergilah sekolah bandar. Nak sangat. Kesian sekolah aku. Murid2nya bakal berkurang dan semakin berkurang. 500 lebih aje bebudaknya. Bukan kg aku tak ada orang. Orang yang tak nak sekolah dekat situ. Ada yang sanggup ke Seri Perak dengan sek Sultan. Aduh, kesiannya Sungai Manik. BTW, tak ada ke datuk2 sesat nak bagi sumbangan dekat sekolah aku tu? Sekolah aku tak ada dewan lah. Teringin nak ada dewan :(

Monday, 17 December 2012

header baru!!

saje nak cakap. wa pakai header baru yang dibuat oleh blogger aina hanani. dia kasi tempah wa tempah lah. anyway. cantik. free je tu. 

Iklan Dutch Lady

Aku aje ke yang perasan atau dia memang comel. Tak paham apa yang aku cakap? Tengok iklan dutch lady. Comelkan budak tu? Hanya tambah air aje.

Friday, 14 December 2012

Segmen Blogger Muslimah

assalammualaikum
hari ni nak join segmen ni pulak
*click untuk join

tag: farah dan miss af

Friday, 7 December 2012

SEGMEN: SIAPA NAK DOODLE NI?

tak tahu boleh join lagi ke tak.
boleh kot. belum pukul 12 lagi

*click untuk join

warna doodle: nak kaler pink
nama: zura

tag: leza yusof

Segmen Siapa Paling Jujur

nak join segmen ni
menarik segmen ni dan tak pernah dibuat orang


*click untuk join

tag: fa'ah

1) apa akan you buat kalau tiba-tiba ada budak kecik tumpahkan kuah kari kat baju paling you sayang :
jeling dia dengan jelingan paling tajam. apsal baju aku jugak menjadi pilihan?

2) pernah tak you terkentut kuat sampai ada orang dengar :
pernah. time tu aku tengah senggugut. memula tu sorang je dengar tapi yang sorang tu pulak cerita ngan kawan-kawan dia. tak pandai jaga rahsia punya lelaki!

3) pernah tak you korek hidung tiba tiba ada orang perasan :
pernah. time tu darjah 5. ingatkan tak ada orang perasan tapi tetiba aje member sebelah tanya. "ko korek hidung erk?" hai... sempat lagi skodeng walaupun aku dah sehabis baik menyorok bawah meja. mungkin gaya aku time tu menarik perhatian aku. heh.

4) bila kali terakhir you menangis ? sertakan bila masanya tu dan sebab apa :
masa dia tak ingatlah. tapi dalam sebulan ni lah. gaduh ngan adik. asyik dia aje menang. sedih betul!

5) mase kecik kecik , ape budak budak sebaye you selalu ejek you :
apa ye? macam tak ada. memori otak 4GB aje. jadi tak mampu nak sumbat macam-macam. hehe.

6) berapa berat badan you sekarang :
57 kg.  Eh, BMI aku masih normal tau. Huh!

7) ape you akan buat kalau you tengah marah gilaa :
sepak apa-apa barang atas lantai. adik aku cakap. bila dia cakap baru aku perasan. memang aku suka sepak-sepak barang atas lantai kalau time marah. 

8) matapelajaran paling k.o masa sekolah :
time sekolah rendah BI. bila dah sekolah menengah kimia. aku gagal ujian kimia baru-baru ni!

9) adakah you pernah bergaduh masa sekolah dulu sampai bertekak memaki mengherdik musuh you . ceritakan :
tiada. aku ni baik orangnya. :DD

10) orang pertama you jatuh hati masa sekolah rendah dan mase darjah berapa(tak perlu letak nama) :
nama dia alif. jujur kan? time tu darjah enam. member baik aku pun suka dia tapi tak marah. kira rela bermadu lah. 

11) you pertama kali couple masa umur berapa :
never! tak tipu.

12) berapa lame you penah kapel dgn seseorang dan tahun bila :
never!

13) last you putus sebab apa :
never!

14) adakah you pernah buat your mother menangis dan kenapa :
pernah tapi tak ingat sebab apa. time tu kecik lagi. 

15) bila dok sorang sorang , ape mesti you buat :
berangan. seronok rasanya. sambil mencari idea membuat novel.

16) keputusan upsr you :
2A 1B 2C. :'( sikit je

17) you nak kawen masa umur berapa dan kenapa :
26 tahun. Sebab nanti kalau lambat sangat join geng andartu.

18) you selalu berangan tentang ape :
berangan nak ada suami yang caring dan sweet macam dalam novel-novel. *gatai

19) perkara yang you paling tak suka tapi ia selalu berlaku dalam hidup you :
gaduh ngan adik beradik. argghh! tension

20) perkara paling you suka tapi pernah berlaku sekali je dalam hidup you :
dapat beli hendset baru. 

21) blogger yang paling you suka dan sebab ape you suka dia :
blogger ben ashaari. tak suka dia. suka baca cerita pasal qhaliff aje. sebab dia comel.

22) sesuatu yang you tak suka bila blogwalking :
internet lambat. arrhhh.. geram. bila nak follow tapi tak letak follower widget. cam ne nak follow?

23) mase tahun bila you pertama kali buat facebook dan apa yang buat you terasa nak buat facebook :
tahun 2010. time tu form 2. rasa nak buat facebook bila tengok member banyak yang ada facebook. jeles. bila dah buat. uhh.. boring. mintak tolong member ajarkan. terima kasih member.

24) you selalu bangun tidur pukul berapa :
ikut. kadang-kadang awal kadang-kadang lambat. kalau awal pukul 6.30 dah bangun tapi layan tidur jadi lambat lah.

25) kritikan terhadap blog saya :
gabungan warna yang menarik. suka ngan banner awak. lawoo. 

maaf penggunaan kata aku kepada yang lebih tua.

Thursday, 6 December 2012

projek fizik?

pukul 12 tadi aku baru balik dari Kg Tukang Sidin. membuat projek fizik di rumah awe shafie. bapak dia banyak membantu time buat projek kitaorang. terimas pakcik. akhirnya... dalam masa satu hari aje projek kitaorang dapat siap. wee. otak free kejab sebelum sambung buat folio fizik. kena buat kalo tak takut cikgu tak nak bawak pergi rombongan tahun depan. projek kitaorang tu sebenarnya rakit tapi ada motor berfungsi.  boleh bergerak dalam air. memula tu tenggelam then letak gabus bawah dia. baru okay. ahli kitaorang cuma enam orang. aku tak banyak membantu pun. duduk diam sambil makan rambutan yang bawak awe bagi. memula siap tu semua orang batak. ramai-ramai masuk bilik air awe. sekali dengan adik-adik dia sekali.

sebelum tu kitaorang cadang nak buat projek pantulan untuk hasilkan pelangi dalam air. tapi tak jadi bila nisa beli motor kat kedai elektrik. dah lah mahal. 10 hengget. tak masuk ngan wayar dia. jadi kitaorang pakat buat satu projek aje sebab tak nak bazir duit. memula tu ingatkan lama nak buat. rupanya sekejab aje. lima jam pun tak sampai. adalah dalam tiga jam. minggu depan datang lagi untuk test dengan bateri yang betul. tadi guna bateri biasa. huh... duit lagi. tadi cadang nak bawak balik rumah tapi awe tak kasi. kata nak potong sayap depan dia sebab besar sangat. baru nak test dekat parit depan rumah.

gambar? tak boleh tunjukkan sebab takut orang tiru. awal tahun nanti aku masukkan gambar dia.

Wednesday, 5 December 2012

Segmen Kami Team Follow Back By Addreena

Assalammualaikum..
hari ni nak join segmen ni pulak.
simple dan mudah.

*click banner untuk join

current follower: 173
target follower: 300

bukti saya sudah follow blog addreena ishak


 tag: awak yang sedang membaca


Tuesday, 4 December 2012

stress!!


cuti sekolah ni banyak betul giveaway
malangnya, semua kena like dan follow sponser
haii... nak bagi tapi tak ikhlas.
kadang-kadang aku rasa macam nak deactivate facebook aku je.
bila agak-agak GA tu dah nak habis aktifkan balik facebook tu.
rancangan yang baik tapi tak jujur pulak. 
karang jatuh haram pulak hadiah aku tu.
kalau aku join dulu then kalau aku menang baru like pun idea yang baik.
tapi 2 kali 5 gak macam tadi.

NOTA KAKI; banyak pulak orang hantar url giveaway. nak jadi top referral punya pasal. entah menang entah idak. kalau aku tak ler.

Segment: Team Pemburu Giveaway


*click banner untuk join

Jenis giveaway yang korang suka;
- yang tak kena follow/like sponsor 
- yang hadiah dia gempak-gempak
- yang tak ada syarat yang susah-susah

Jenis giveaway yang korang tak minat;
- berlawanan seperti yang diatas
- GA yang kena klik iklan-iklan diaorang

Cara pemilihan giveaway yang korang rasa lebih adil;
- random.org

Hadiah giveaway yang korang suka;
- yang hadiah besar punya

Monday, 3 December 2012

Bai :'(

*picture tak de kena mengena

selamat tinggal mesin padi, hello jentani!!

to mesin padi,
jumpa tahun depan

to jentani,
teruskan usaha anda menggembur tanah :P

NOTA KAKI: skodeng mijoy bawak jentani dekat bendang sebelah. >disebalik tingkap<

betul kan?

Orang yang tidak ingin orang lain berjaya adalah orang yang sangat keji

*luahan perasaan seorang manusia

Sunday, 2 December 2012

Year End Giveaway By Cik Bunny

*click banner untuk join


apa bestnya instagram?

aku hairan betul. asal setiap kali aku lawat blog orang aje mesti ada widget instagram. aku tak faham apa kepentingan instagram dalam kehidupan seharian sampai semua orang nak ada instagram. aku tak ada benda tu okay aje. bernyawa jugak.

setelah di google-google oleh aku rupanya instagram ni ialah aplikasi kamera yang menyediakan macam-mcam efek gambar yang menarik. oh ye? habis tu apa guna download photoscape dan photoshop segala tu? kan sama aje bendanya. instagram ni jugak lebih bercirikan perkongsian gambar. oh, patutlah semua nak ada benda ni. nak share gambar rupanya. konon cantik ler tu.

perasaan aku setelah mengetahui kegunaan instagram ni. tak berminat. dekat facebook pun aku tak letak gambar. korang nak ada suka lah. aku dah ada photoscape dan photoshop. boleh aje edit gambar dekat situ. share? tak perlu kot. aku sedar diri.

p/s: nak ada boleh. tapi tak perlulah nak tayang aurat segala. ingat bila dah mati. siapa nak tolong padamkan gambar ko tu.


segmen suka-suka by cik akma

*click banner untuk join

hadiah? 
nak banner

segmen: 10 bertuah dapat header free

*click banner untuk join

aku bersendirian

*yummy 

di dunia blog sebab most of kawan aku tak ada blog. jeles bila tengok blog orang ada orang komen. bukannya tak ada yang ada blog tapi satu dua orang aje dan tidak aktif. huaaa... sedihnya. tapi aku terima dengan tabah. bukan rezeki aku.

typical novel cinta

aku sebenarnya tak tahu nak mula macam mana sebab aku bukannya pernah menulis 'post yang memberi maklumat/faedah. jadi aku straight to the point ajelah. malas nak panjang-panjang. kay, sepanjang aku menceburkan diri dalam 'bidang' membaca novel ni aku perasaan ada beberapa part yang suka di gunakan oleh novelis malaysia ni. benda ni memang common among novelis kita.

1) ayat sama-perasan tak bila ada part penyesalan aje mesti dia akan cakap macam ni 'andai masa dapat diputarkan kembali.' bila dah lepas baru nak menyesal. tak guna beb. jadi ayat ni tak boleh pakai.

2) novel kahwin paksa- 'lin kena kahwin dengan anak Tan Sri bla..bla..bla..', 'papa dah terlanjur berjanji dengan keluarga Datuk A.',  dll. ah! apsal semua orang nak buat cerita kahwin paksa ni. lepas tu bila dah kahwin paksa mulalah si suami dera bini dia, bini dia ngorat laki dia. si suami pikat bini dia. bini dia buat tak layan. merajuk. cerita sama.  apsal tak nak buat diaorang kahwin paksa dan bahagia aje terus? complicated betul.

3) cerita mula-mula benci lepas tu suka-kebanyakan cerita macam ni selalu buat cerita sebenarnya si lelaki ni dah lama minat si perempuan ni tapi si lelaki ni sakat-sakat perempuan ni sebab nak tarik perhatian dia. huh? sukalah nak buat cerita macam mana pun. aku main baca aje.

4) part hindustan-dalam satu-satu novel mesti wajib ada benda ni. time heroin dalam kesusahan tetiba datang pulak si hero selamatkan dia. satu kebetulan yang amat mustahil apabila berada di dalam realiti. usah-usah ler menipu. tapi benda ni wajib letak. tak sedaplah cerita ni kalau tak ada penambah perisa ni. barulah cerita tu akan nampak sweet.

5) part korea-cerita ni selalunya ada cerita dia berkisar pasal si perempuan suka ngan si lelaki tapi si lelaki buat tak layan. macam cerita korea, mulalah berangan kalau si perempuan ni dapat jadi bini si lelaki. bagai dunia dia yang punyalah, akan menatang si lelaki bagai minyak yang penuh lah, dan harapan yang lain-lain.

6) konflik bombastik-dalam kebanyakan novel yang aku pernah baca wajib ada konflik. tak kiralah yang mudah ke sukar. konflik paling biasa ialah muncul orang ketiga. ah, konflik orang ketiga culik si heroin pun banyak. dan kebanyakannya dapat diselamatkan oleh si hero. kadang-kadang aku akan fikir mak aii... senangnya. kalau aku buat konflik macam tu aku akan tuka si heroin pula selamatkan si hero. mesti gorgeous

7) otak ku sudah blank.

benda ni berdasarkan pemerhatian aku dan tak semestinya kekal. mungkin pada masa akan datang aku akan tukar persepsi aku ni. kepada para novelis sekalian, jangan terasa ye. ni cuma pandang aku. mungkin ada yang suka cerita kahwin paksa ni. *kawan aku ler tu. dia kata sweet. ah, whatever. akhir kata. assalammualaikum! peace :D *aku teragak-agak sikit nak post benda ni sebab aku pun novelis dan mungkin jugak aku akan tulis macam cerita kat atas ni. takut gak terkena batang hidung sendiri. tak pasal-pasal ada orang gelakkan.

Saturday, 1 December 2012

Sejarah baru

Novel bersiri aku dah keluar dekat penulisan2u. Weeee!!!! Tahap keseronokkan 10/10. Cari lah, taip aje the capital `A` Tinggalkan komen kay?

posted from Bloggeroid

Friday, 30 November 2012

dari denim ke blogskin


hola kawan!!
hari ni wa tukar baju blog wa.
boringlah guna biru-pink, biru-pink.
sebenarnya wa salah edit.
semalam wa tukar width dia then tetiba jadi mantong pulak blog aku ni.
jadi dalam keadaan separuh rela aku guna blogskin sebab wa dah malas nak layang coding-coding yang kadang-kadang memeningkan kepala wa.
jadi tara!!!
ni ler blog baru wa. 
hitam itu menawan right?
aina hanani punya. 
wa cilok dia punya skin then wa tukar sikit-sikit kasi cun.
cun ke?
lepas ni wa nak buang salji yang turun ni semua.
tak kena ngan jiwa wa.

*tetiba kata ganti aku jadi wa. ohsem.

Thursday, 29 November 2012

beza cinta, sayang, minat dan suka

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Wednesday, 28 November 2012

biodata someone yang comel

sekadar ilustrasi 

nama dia nur azura binti mohamad. umur dia 15 tahun 10 bulan 3 minggu 6 hari (hari ni; 25/11/2012) tarikh lahir dia 29/12/1996. nak bagi hadiah hantar aje dekat sungai manik. dia ni famous orangnya. tempat lahir di atas katil di hospital teluk intan. hobi budak comel ni dedulu kala main. then bertukar hobi menonton televisyen. kemudian berhijrah ke arah yang lebih baik iaitu membaca novel. bila mak dia dah tak kasi beli novel dia tukar hobi dia ke mengumpul lagu-lagu k-pop yang menjadikan dia k-pop lover yang tegar. seterusnya dia menukar hobinya. hobi terbarunya ialah meminati seorang hamba ALLAH. cita-cita dia masih tidak pasti tapi cadangnya dia nak jadi gabenor Amerika Syarikat. kalau tak dapat jadi gabenor Amerika Syarikat dia cadang nak jadi arkitek mungkin. time kecik-kecik dulu dia ni nak kerja dekat pejabat tapi tak pasti bidang apa. makanan feveret ialah makanan yang sedap-sedap. kalau aku cakap nasi pataya ada jugak yang tak sedap. minuman kegemaran dia tak kesah. apa-apa pun dia sapu tapi kena manis. kalau macam tu jadi kesah lah. kenangan manis dia ni pelik sikit jadi sila bersabar. kenangan manis dia adalah apabila dapat meminati abang macho dalam jarak jauh. time tu aku sangat obses minat dengan abang macho ni walaupun ramai yang kata tak handsome langsung. nasib baik dia ni ada tukang backing iaitu kak ngah yang tumpang minat ngan abang macho. kenangan pahit .... nama pun kenangan pahit. for sure pahit untuk di cerita. lain kali ajelah. siapa yang kenal dia clue dia time darjah 2 SK Sungai Tungku. siapa tahu senyap-senyap aje. ambik duit dalam dompek ngko then diam-diam. bekas sekolah dia ni cuma ada dua iaitu SK Sungai Tungku dan SMK Sungai Manik. lain-lain. tarak. sesiapa yang nak kenal dia cari ler kat facebuk!

obseskah aku?

aku tertanya-tanya. obseskah aku terhadap dia?
rasanya tak.
sebab aku tak beria-ia sangat minat ngan dia.
aku rasa apa yang aku cakap ngan kawan-kawan aku selama ni hanya untuk menghidupkan suasana.
arhh.. malas aku nak fikir.

Tuesday, 27 November 2012

aku terfikir

adakah dia tahu tentang kewujudan blog aku
yang dulunya menceritakan tentang kewujudan dia dalam hidup aku. cewah...
blog ecah yang aku sendiri tak tahu pun dia boleh tahu.
ke ecah ada buat status pasal entry dia yang tu.
ada lah kot kalo tak tak kan dia boleh tahu.

dulu aku selalu takut kalau dia dapat tahu tentang kewujudan blog aku
yelah aku cerita pasal dia.
boleh malu setahun woo..
harap dia tak tahu.
dan harap jugak tak ada telefon berkarat yang tolong bagitau dia.
huhu...

Monday, 26 November 2012

aku malu bila dia tahu

perbualan antara adik dia dan dia

adik dia; weyh, ada orang suka kat kau.
dia; hah siapa?-dengan dahi berkerut
adik dia; budak kelas kau jugak.
dia; siapa?
adik dia; adalah.

setelah beberapa lama dia tertanya-tanya dia tanya adik dia.

dia; bagitaulah siapa yang suka aku tu
adik dia; err... tak bolehlah. 
dia; alah... bagitahu lah.
adik dia; dia orang paling bising dalam kelas kau.
dia; azura? 
adik dia; tak angguk, tak geleng.

argghh malu! dia tahu.
*berdasarkan penceritaan dari kawan aku yang baik. lebih kurang macam ni lah.

Sunday, 25 November 2012

sayang


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

*rindu nak tulis entry pasal dia :'( 

Saturday, 24 November 2012

Segmen:Add Follower Di Blog

assalammualaikum..
*click banner untuk join

Ulasan Idola Kecil 5

baru lepas tengok idola kecil 5. tahap keseronokkan 4/10. biasa jer.
tak best lah  penyingkiran awal-awal. then si  alif satar nya pulak meleret-leret nak bagi tau siapa yang tersingkir. adalah dalam 15 minit.
hari ni dengan baik hatinya aku nak komen pasal diaorang ni. eh, aku ahli 3 suara tau.
first of all,

tisya;
-mempunyai seluar yang pelik. seluar tidur ke atau aku yang tak tahu fesyen terkini.
-mata sepet macam anak cina
-suara. emm... ada part-part yang dia ni kepit suara. mungkin faktor lagu

izwan
-muka macam azizah, member aku tapi versi lelaki punya.
-malu nak ngaku  cakap kau handsomelah. ceh, malu ker?
-seriously, suara macam perempuan. aku memula dengar dulu ingat perempuan. bersyukur dengan anugerah Allah.
-bila kau nyanyi tadi macam penat aje.

marsha
-tahap kesedapan suara 7/10.
-no comment

ben
-tomey. aku tak caya bila si acis cakap dia ni 11 tahun. adik aku yang 10 tahun pun dua tiga kali ganda lebih besar dari ben. *adik aku tu belum baligh
-suara serak-serak basah. ler kot. aku pun bukannya tahu sangat jenis suara kau.
-asal ko nyanyi aje mesti macam rap dan tercunggap-cunggap.
-yg aku perasan ko suka pakai cermin mata  bingkai tanpa cermin dan seluar berwarna. dan cap. sori ler beb, aku tak berapa berkenan ngan seluar bercolour2 ni.

an-nur
-tahap kesedapan suara 8/10.
-no comment

wana
-aku tengok kau macam suka pakai skirt gaun entah lah namanya apa. tak tahu aku namanya apa.
-tahap kesedapan suara 8/10
-nampak macam boleh bertahan sampai final.

zul
-mata sepet sikit
-mak aku tanya "lelaki ke perempuan ni?" tanpa pandang skrin tv
-suara.. boleh tahan ............
-muka macam adik aizat yang form 1 tu

darling
-tahap kesedapan suara 8/10
-no comment

aina
-suara agak pelik tapi aku cuba menerima.
-apsal nyanyi macam sedih aje. layu semacam aje.
-bila nyanyi dalam nada yang tinggi tak sodap. maaf, aku tak tahu pasal seni terpekik terlolok ni. *salah eja. lantak.

farah
-wa tabik sama lu. hebat dowh bila kau boleh main piano dengan jayanya.
-suara yang sedap. 8/10

maaf kalo ada peserta yang tertinggal. mungkin tak perasan. ni komen aku selalu juri tak bertauliah dan penonton. sebarang bantahan sila kemukakan di bahagian komen or shoutbox. terima kasih.

Saturday, 17 November 2012

dah lama tak gelak

cuti sekolah.
stress aku duduk dekat rumah.
*sebenarnya aku balas buat kerja rumah
kena menyapu. sidai kain. pergi kedai. *fake
bila aku kira-kira balik dah 2 minggu aku tak gelak dengan gembiranya.
huhu...
besok ada kelas tambahan.
nak gelak sepuas-puasnya.

Novel: Can You Be My Imam?

sinopsis;
ZAHRA disuruh oleh abahnya untuk memujuk Fakhri agar masuk ke dalam syarikat abahnya. Jika Zahra tidak dapat melaksanakan tugas yang diberi Zahra harus berkahwin. Jika Zahra berjaya menarik Fakhri melangkah masuk ke dalam syarikat abahnya Zahra tidak perlu berkahwin.

Tempoh untuk melaksanakan misi ialah selama dua bulan. Namun lain pula misi yang Zahra lakukan. Misi utama Zahra ialah memburu anak Haji Isa, Shaz. Jika ditanya ianya sebagai back-up jika Fakhri tidak mahu masuk ke dalam syarikat abahnya. Tapi jiran sebelah neneknya itu jual mahal pula dengannya. 

"Maaf. Saya memegang prinsip 'Say No To Couple'"- Shaz.

Setelah tamat tempoh dua bulan yang diberikan. Zahra pulang ke Kuala Lumpur bersama perasaan yang tidak berbalas. Fakhri bersetuju untuk berkerja di syarikat ayah angkatnya itu. Pulang ke Kuala Lumpur dia dikhabarkan dengan berita mamanya mengandung. Berita yang langsung tidak dijangka.

Ketika mamanya melahirkan adik-adiknya(kembar lelaki) mama Zahra disahkan meninggal dunia akibat komplikasi. Ketika itu Zahra sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Setelah empat tahun berlalu, Zahra pulang ke Malaysia. Jawatan yang dipegang abahnya suatu ketika dulu dipegang oleh Zahra. Tanpa pengetahuan Zahra, ketika Zahra masih diluar negara abahnya telah berkahwin dengan mak Shaz. Haji Isa dah meninggal dunia. Namun Zahra tidak kesah sebab Mak Yam, mak Shaz sporting habis dengannya. Lagipun adik-adiknya memerlukan kasih sayang seorang mak.

Shaz? Dia pun pindah rumah abah Zahra. Zahra? Gembira habis! Bertambah gembira apabila Shaz di suruh berkerja di syarikat abahnya dan Zahra menjadi mentor kepada Shaz. Memang banyaklah masa Zahra bersama dengan Shaz. 

Perasaan Zahra terhadap Shaz semakin mekar. Shaz? Masih sejuk beku dengan dirinya. Dengan bantuan adik-adik kembarnya Zahra dapat menghabiskan masa bersama dengan Shaz.  

Satu hari, dengan beraninya Zahra melamar Shaz sebagai imamnya.

"Eh, Siti Khadijah pun lamar Nabi Muhammad. Asal aku tak boleh lamar kau pulak?"- Zahra.

"Shaz. Can You Be My Imam?"- Zahra

Shaz terdiam. 

Wednesday, 14 November 2012

hey kawan! aku kembali

setelah beberapa ketika meninggalkan dunia blog
akhirnya... aku kembali aktif atas desakan kengkawan.
ceh, konon.
sekarang ni dah tak ada dah pasal budak mesir.
bahaya datang dari pelbagai sudut!
entry lepas-lepas pun aku dah padam
yang ada cuma surat lupakan dia je.
sayang ngan surat tu.
kot-kot aku ada jodoh ngan budak mesir ke?
boleh tunjukkan surat tu dekat dia.
ah!  aku dah mula perasan.
yang kat belakang tu.
hah kau lah.
kalau menyampah block terus aje blog aku ni.
tak kesah.
sekian...

coretan hati seorang hamba ALLAH. :'D

Saturday, 6 October 2012

i'am k-pop lover :'D



godek-godek komputer aku.
tetiba aje aku ternampak folder gambar korea
time  tu baru aku sedar yang dulu aku pernah minat korea.
bukti;


bukti aku pernah suka lagu korea aka k-pop


dah lama tak dengar lagu korea.
maaf lee min ho, super junior, kim bum, beast, cn blue, ft island. :'(
aku telah lupakan korang.
hey PSY! aku tak suka ngan ko walaupun ko asal korea.
aku benci tarian kengkang!!

zaman kanak-kanak dulu


hari ni aku rajin
jadi aku nak cerita zaman kanak-kanak aku dulu kala.
suka-suka aje aku buat benda ni

disebabkan aku ni duduk kampung dari dalam perut lagi jadi mainan aku ni semua pelik-pelik sikit.
dulu aku dengan kawan-kawan aku selalu main batu bata belakang rumah aku
batu bata tu cadang nak buat rumah tapi tak cukup modal.
tiap-tiap hari kitaorang akan ubah susunan batu bata tu
kejab jadi pejabat, kejab jadi restoran, jadi rumah.
kalau jadi pejabat kitaorang akan mintak tanda tangan sesama kitaorang.
kalau jadi restoran kitaorang akan datang restoran tu. konon nak beli makanan.
kalau jadi rumah datang rumah jiran.
pernah jugak jadikan bas. 
siap ada tiket lagi.
aku yang buat.
lepas tu bila awe terjumpa ular kat kawasan batu bata tu terus berhenti main kat situ.

satu hari tu jiran aku dia korek kolam ke, parit ke kitaorang akan main kat kawasan tu.
lepas tu korek tanah tu then jadikan tanah liat.
macam-macam lah aku buat.
benda paling hebat aku pernah buat ialah kamera digital.
kadang-kadang main jual-jual guna tanah liat tu.
feveret kuih ialah kuih karipap.
yang lain-lain semua kuih unknown. 
bila tanah liat tu dah keras  terus tak main dah
jadi main benda lain.

pernah jugak aku ngan member aku sekalian main 'traffic light' kat rumah aku.
halaman rumah aku dulu besar dan tak ada rumput
jadi senang nak main basikal.
lepas tu nanti buat lah line macam kat jalan raya.
sekejab-sekejab berhenti.
siap ada stesen minyak lagi.
stesen minyak tu dekat ampaian rumah aku.
bank dekat tingkap dan pokok durian depan rumah
*time tu pokok durian tu kecik lagi
jalan dalam dekat bawah rumah aku.
rumah aku macam  rumah melayu dulu-dulu kala.

bila dah besar sikit aku ngan member aku pernah main kahwin-kahwin.
bukan aku lah. member aku yang kena jadi pengantin.
aku siap buat tiara lagi.
bila ingat-ingat balik rasa nak gelak pun ada.
main kahwin-kahwin ni cepat jemu jadi main cuma sekali aje.

hmmm... rindu zaman kanak-kanak dulu. :'D

Friday, 5 October 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

*click banner untuk join

hari ni aku nak menyibukkan diri untuk join segmen lyssa faizureen.
mesti join..
maklumlah... warga fofular
kak lyssa ni suruh aku jawab satu soalan ni

soalan:  kenapa korang berblog ? Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? Apa tujuan utama/asal korang berblog ? Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ?
Selitkan sekali , siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging . Lebih kurang macam idola la .. 

jawapan: aku berblog pada asalnya cuma suka-suka sebab time tu. nak jadi orang pertama ada blog dalam kelas aku. aku mula terjebak dalam bidang blogging bila aku beli satu buku pasal cara-cara membina blog dengan mudah. mudah? langsung aku tak faham. jadi aku cara blog tutorial kat google dan blogskin dan hasilnya sangat mujarab. tujuan asal. dulu aku tak ada tujuan asal. then bila aku suka ngan budak mesir tetiba aku jadikan budak mesir tu watak utama blog aku. tapi sejak member kelas aku mula menjejaki blog aku ni aku terpaksa padam post aku pasal budak mesir sebab malu lah weyh!! lagi malu kalau budak mesir tu tahu. jadi sekarang blog aku ni tengah tak ada motif. apa yang menarik tentang blog aku? ummm... macam tak ada je. sumber inspirasi aku dalam dunia blogging aka idola ialah kak pija. banyak tutorial dia yang aku dah cuba. mungkin sebab tutorial dia mudah difahami..

sekian..

tutorial make your own cursor effect

assalammualaikum..
hari ni tetiba aku nak ajar cara buat cursor effect.
tak lah asyik sparkling aje.
first of all, bukak sini dulu http://www.cursor-switch.com/
 lepas tu pilih mana yang korang suka.


 lepas tu dia akan keluar macam ni


dashboard > page elements > html > paste code tadi

Thursday, 4 October 2012

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman

salam petang jumaat :D


SOALAN: "KENAPA SALLY KENA BAGI SOUVENIR DARI BANDUNG DEKAT SAYA?"
JAWAPAN: SEBAB AKU NI TAK DAPAT PEGI SANA. AWAK NI TAK MAMPU. TAK DAPAT JUMPA MAMAT HANDSOME KAT SANA PUN TAK APALAH. SEKURANG-KURANGNYA DAPAT JUGAK SOUVENIR DARI SANA YANG DIJUAL OLEH MAMAT HANDSOME TU.

Wednesday, 3 October 2012

teringin nak buat segmen sendiri

sebenarnya... sebenarnya aku teringin nak buat segmen sendiri tapi aku takut tak dapat sambutan.
so dengan paru-paru separuh rela aku batalkan ler niat suci murni aku tu.
ho..ho..ho...
kalo ada keberanian aku buat segmen. :DD

tolong lah weyh...

aku tak suka kalau orang letak pic lepas tu tulis saya tak secantik awak.
nak je aku balas sedar pun diri tu 
tapi aku ni masih ada jantung dan paru-paru.
jadi aku tak sanggup nak cakap macam tu.
nanti karang aku pulak dibenci ramai.
hurmmmm...
then kadang2 ada pulak yang komen eh, tak lah. awak comey aje
hipokrit!!!
cuba lepas ni tulis.
aku lebih cantik dari kau
baru lah aku tak rasa orang yang tulis benda tu tunggu pujian.
siapa yang makan julap dia yang rasa nak terberak. =.='
*try to be myself

Friday, 28 September 2012

Give Away : Wangi & Happy Macam Akiff

assalammualaikum ...

*click banner untuk join

1) Carolina Hererra: 212 VIP Women EDT 100ml

2) Ricci Ricci by Nina Ricci

 

l3) Purr by Katy Perry


misi mengemas pendrive

kemaskan pendrive
sebelum;
very the very semak

selepas;
sesuci hati aku

GIVEAWAY kakak degil

assalammualaikum dan salam sejahtera

*click untuk join

Thursday, 27 September 2012

TEST JAB

SKADSJFSJMIC

perancangan masa hadapan

assalammualaikumm...
hari ni member kelas aku cakap nak datang ke blog aku.
so aku ucapkan "selamat datang"
tujuan member aku datang ke blog aku semata2 nak baca post aku pasal budak mesir.
wahhh!! terharunya :'D
ada gak manusia yang nak baca post entah apa-apa aku tu.
so lepas diaorang habis baca post aku tu aku cadang nak padam post pasal budak mesir.
aku tak nak dah ada kena mengena ngan yasir.
sedih sebab dia suka aishah :'(
menangis ku menangis pilu hatiku
menangis ku menangis tak siapa yang tahu

layan lagu data kejab~
 lepas padam post budak mesir aku cadang nak private kan blog. 
cadangnya lepas GA lomo camera tu tamat sebab kot2 aku menang ke :D
tapi sebelum aku private kan blog aku nak unfollow anis dan buang anis.
aku nak blog aku lepas ni tak ada siapa tahu.
baru shok sikit nak menulis.
perancangan masa depan aku secara ringkas;
padam post budak mesir > unfollow anis > buang anis dari jadi follower aku > private blog
nak privatekan bukan apa.
member kelas aku semua tengah cari blog aku.
kusut betul. lagi2 si aishah tu.
beria2 nak link blog aku.
sori mori der... tak 'terhengen' aku bagi kat kau. :P

Friday, 21 September 2012

MUSLIM diminta berhenti menggunakan GOOGLE dan YOUTUBE

mulai hari ini untuk tiga hari semua MUSLIM diminta berhenti menggunakan GOOGLE dan YOUTUBE kerana mereka enggan untuk menamatkan filem yang menghina Nabi kita Rasulullah SAW. Ambil masa lebih kurang 5 minit untuk sebarkan mesej ini supaya kita boleh menjawab soalan dari ALLAH SWT apabila ditanya apa yang kita buat bile Nabi kita dijadikan bahan ketawa. Harap anda tidak membiarkan mesej ini berhenti pada inbox anda sahaja. Hari Jumaat ada demo sejuta ummat di kedutaan.

dapat mesej ni dari dua orang member aku. 
disebabkan aku tak ada kredit aku tulis aje lah kat blog.
harap semua ambil perhatian.

Wednesday, 19 September 2012

BIRU!!

maksud*BIRU*
B- blue 
I- ingat 
R- rosak
U- umat

member aku cakap.

Monday, 17 September 2012

Sunday, 16 September 2012

Segmen : Who Is The Best Seller ?

nak join satu segmen ni


tag: dia

  • First sentence : welcome to my 'semak' blog
  • Second sentence : my blog my rules
  • Colour : aqua blue
  • Doodle ( link ) : x mau
 cam ne ke?
 *cuba memahami

Greennnpanda Craft's 1st Giveaway


"Curi-Curi Suka" Giveaway!

assalammualaikum!!


PRIZE DETAILS:

PRIZE x 5
Winners will receive book "Curi-Curi Suka" by Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)
**Books will be signed by the author. Thank you Liyana Zahim

PRIZE x 10
Winners will receive EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

PRIZE x 10
Winners will receive EZ Button (Limited Edition)
 

Saturday, 15 September 2012

tutorial: tukar theme google chrome

dah lama tak buat tutorial.
so malam ni, dengan penuh semangat aku akan ajar korang macam mana nak tukat theme google chrome
hari tu aku dah ajar cam ne nak tukar theme google chrome. rujuk post ni
rupa theme google chrome tu macam ni


nak tukar?
memula bukak link ni
 lepas tu dia akan keluar macam ni


korang pilih lah mana yang korang berkenan.
cari kat bahagian categories
bila korang dah pilih mana yang korang berkenan dia akan keluar macam ni


then tekan apply theme


bila korang dah tekan dia akan keluar macam ni





tunggu beberapa saat.*kalau internet korang laju lah. kalau slow memang ambik masa sikit
lepas tu siap!!


selamat mencuba :D

Thursday, 6 September 2012

zyraroxx: follower datang bertubi-tubI

petang jumaat yang indah ni aku nak join satu segmen ni
yang dianjurkan oleh zyraroxx


bil. follower: 58 je

*gempak gila banner dia

tak suka dengan syair siti sianah

hari ni time waktu BM aku belajar komsas tajuk syair siti sianah.
malu kot!!!
syair tu macam perli aku aje.

SYAIR SITI SIANAH
Setengahnya perempuan terlalu janggalnya ,     
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.


Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada berhingga.


Setengah perempuan sangat pesolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.


Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang Setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
seperti buaya besar mulutnya.


Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.


Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.


Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila.


Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.


Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
kerana perangai sudah membadi.


Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakaun yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk di buntut.

Abu Hassan Sham.
Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993
Dewan Bahasa dan Pustaka.

MAKSUD RANGKAP SITI SIANAH
Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan
membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.

Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan
menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.

Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang
masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.

Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan
tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.

Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk
menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.

Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata
untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.

Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal
lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.

Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat.
Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan
mereka diketahui Allah.

Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada
segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak
berakhlak.

Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya
selama ini.

Rangkap 11
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang
tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.

lagi2 tang rangkap 2,7,8,
walaupun tak banyak. 
member kelas aku pandang jugak lah dekat aku.
dah lah yang buat pembentangan ni budak mesir. 
malu dowh...
mesti dia tau aku shok kat dia.
mood: down =.='