aku sebenarnya tak tahu nak mula macam mana sebab aku bukannya pernah menulis 'post yang memberi maklumat/faedah. jadi aku straight to the point ajelah. malas nak panjang-panjang. kay, sepanjang aku menceburkan diri dalam 'bidang' membaca novel ni aku perasaan ada beberapa part yang suka di gunakan oleh novelis malaysia ni. benda ni memang common among novelis kita.
1) ayat sama-perasan tak bila ada part penyesalan aje mesti dia akan cakap macam ni 'andai masa dapat diputarkan kembali.' bila dah lepas baru nak menyesal. tak guna beb. jadi ayat ni tak boleh pakai.
2) novel kahwin paksa- 'lin kena kahwin dengan anak Tan Sri bla..bla..bla..', 'papa dah terlanjur berjanji dengan keluarga Datuk A.', dll. ah! apsal semua orang nak buat cerita kahwin paksa ni. lepas tu bila dah kahwin paksa mulalah si suami dera bini dia, bini dia ngorat laki dia. si suami pikat bini dia. bini dia buat tak layan. merajuk. cerita sama. apsal tak nak buat diaorang kahwin paksa dan bahagia aje terus? complicated betul.
3) cerita mula-mula benci lepas tu suka-kebanyakan cerita macam ni selalu buat cerita sebenarnya si lelaki ni dah lama minat si perempuan ni tapi si lelaki ni sakat-sakat perempuan ni sebab nak tarik perhatian dia. huh? sukalah nak buat cerita macam mana pun. aku main baca aje.
4) part hindustan-dalam satu-satu novel mesti wajib ada benda ni. time heroin dalam kesusahan tetiba datang pulak si hero selamatkan dia. satu kebetulan yang amat mustahil apabila berada di dalam realiti. usah-usah ler menipu. tapi benda ni wajib letak. tak sedaplah cerita ni kalau tak ada penambah perisa ni. barulah cerita tu akan nampak sweet.
5) part korea-cerita ni selalunya ada cerita dia berkisar pasal si perempuan suka ngan si lelaki tapi si lelaki buat tak layan. macam cerita korea, mulalah berangan kalau si perempuan ni dapat jadi bini si lelaki. bagai dunia dia yang punyalah, akan menatang si lelaki bagai minyak yang penuh lah, dan harapan yang lain-lain.
6) konflik bombastik-dalam kebanyakan novel yang aku pernah baca wajib ada konflik. tak kiralah yang mudah ke sukar. konflik paling biasa ialah muncul orang ketiga. ah, konflik orang ketiga culik si heroin pun banyak. dan kebanyakannya dapat diselamatkan oleh si hero. kadang-kadang aku akan fikir mak aii... senangnya. kalau aku buat konflik macam tu aku akan tuka si heroin pula selamatkan si hero. mesti gorgeous
7) otak ku sudah blank.
benda ni berdasarkan pemerhatian aku dan tak semestinya kekal. mungkin pada masa akan datang aku akan tukar persepsi aku ni. kepada para novelis sekalian, jangan terasa ye. ni cuma pandang aku. mungkin ada yang suka cerita kahwin paksa ni. *kawan aku ler tu. dia kata sweet. ah, whatever. akhir kata. assalammualaikum! peace :D *aku teragak-agak sikit nak post benda ni sebab aku pun novelis dan mungkin jugak aku akan tulis macam cerita kat atas ni. takut gak terkena batang hidung sendiri. tak pasal-pasal ada orang gelakkan.
No comments:
Post a Comment