Saturday, 17 November 2012

Novel: Can You Be My Imam?

sinopsis;
ZAHRA disuruh oleh abahnya untuk memujuk Fakhri agar masuk ke dalam syarikat abahnya. Jika Zahra tidak dapat melaksanakan tugas yang diberi Zahra harus berkahwin. Jika Zahra berjaya menarik Fakhri melangkah masuk ke dalam syarikat abahnya Zahra tidak perlu berkahwin.

Tempoh untuk melaksanakan misi ialah selama dua bulan. Namun lain pula misi yang Zahra lakukan. Misi utama Zahra ialah memburu anak Haji Isa, Shaz. Jika ditanya ianya sebagai back-up jika Fakhri tidak mahu masuk ke dalam syarikat abahnya. Tapi jiran sebelah neneknya itu jual mahal pula dengannya. 

"Maaf. Saya memegang prinsip 'Say No To Couple'"- Shaz.

Setelah tamat tempoh dua bulan yang diberikan. Zahra pulang ke Kuala Lumpur bersama perasaan yang tidak berbalas. Fakhri bersetuju untuk berkerja di syarikat ayah angkatnya itu. Pulang ke Kuala Lumpur dia dikhabarkan dengan berita mamanya mengandung. Berita yang langsung tidak dijangka.

Ketika mamanya melahirkan adik-adiknya(kembar lelaki) mama Zahra disahkan meninggal dunia akibat komplikasi. Ketika itu Zahra sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Setelah empat tahun berlalu, Zahra pulang ke Malaysia. Jawatan yang dipegang abahnya suatu ketika dulu dipegang oleh Zahra. Tanpa pengetahuan Zahra, ketika Zahra masih diluar negara abahnya telah berkahwin dengan mak Shaz. Haji Isa dah meninggal dunia. Namun Zahra tidak kesah sebab Mak Yam, mak Shaz sporting habis dengannya. Lagipun adik-adiknya memerlukan kasih sayang seorang mak.

Shaz? Dia pun pindah rumah abah Zahra. Zahra? Gembira habis! Bertambah gembira apabila Shaz di suruh berkerja di syarikat abahnya dan Zahra menjadi mentor kepada Shaz. Memang banyaklah masa Zahra bersama dengan Shaz. 

Perasaan Zahra terhadap Shaz semakin mekar. Shaz? Masih sejuk beku dengan dirinya. Dengan bantuan adik-adik kembarnya Zahra dapat menghabiskan masa bersama dengan Shaz.  

Satu hari, dengan beraninya Zahra melamar Shaz sebagai imamnya.

"Eh, Siti Khadijah pun lamar Nabi Muhammad. Asal aku tak boleh lamar kau pulak?"- Zahra.

"Shaz. Can You Be My Imam?"- Zahra

Shaz terdiam.