Friday, 28 September 2012

Give Away : Wangi & Happy Macam Akiff

assalammualaikum ...

*click banner untuk join

1) Carolina Hererra: 212 VIP Women EDT 100ml

2) Ricci Ricci by Nina Ricci

 

l3) Purr by Katy Perry


misi mengemas pendrive

kemaskan pendrive
sebelum;
very the very semak

selepas;
sesuci hati aku

GIVEAWAY kakak degil

assalammualaikum dan salam sejahtera

*click untuk join

Thursday, 27 September 2012

TEST JAB

SKADSJFSJMIC

perancangan masa hadapan

assalammualaikumm...
hari ni member kelas aku cakap nak datang ke blog aku.
so aku ucapkan "selamat datang"
tujuan member aku datang ke blog aku semata2 nak baca post aku pasal budak mesir.
wahhh!! terharunya :'D
ada gak manusia yang nak baca post entah apa-apa aku tu.
so lepas diaorang habis baca post aku tu aku cadang nak padam post pasal budak mesir.
aku tak nak dah ada kena mengena ngan yasir.
sedih sebab dia suka aishah :'(
menangis ku menangis pilu hatiku
menangis ku menangis tak siapa yang tahu

layan lagu data kejab~
 lepas padam post budak mesir aku cadang nak private kan blog. 
cadangnya lepas GA lomo camera tu tamat sebab kot2 aku menang ke :D
tapi sebelum aku private kan blog aku nak unfollow anis dan buang anis.
aku nak blog aku lepas ni tak ada siapa tahu.
baru shok sikit nak menulis.
perancangan masa depan aku secara ringkas;
padam post budak mesir > unfollow anis > buang anis dari jadi follower aku > private blog
nak privatekan bukan apa.
member kelas aku semua tengah cari blog aku.
kusut betul. lagi2 si aishah tu.
beria2 nak link blog aku.
sori mori der... tak 'terhengen' aku bagi kat kau. :P

Friday, 21 September 2012

MUSLIM diminta berhenti menggunakan GOOGLE dan YOUTUBE

mulai hari ini untuk tiga hari semua MUSLIM diminta berhenti menggunakan GOOGLE dan YOUTUBE kerana mereka enggan untuk menamatkan filem yang menghina Nabi kita Rasulullah SAW. Ambil masa lebih kurang 5 minit untuk sebarkan mesej ini supaya kita boleh menjawab soalan dari ALLAH SWT apabila ditanya apa yang kita buat bile Nabi kita dijadikan bahan ketawa. Harap anda tidak membiarkan mesej ini berhenti pada inbox anda sahaja. Hari Jumaat ada demo sejuta ummat di kedutaan.

dapat mesej ni dari dua orang member aku. 
disebabkan aku tak ada kredit aku tulis aje lah kat blog.
harap semua ambil perhatian.

Wednesday, 19 September 2012

BIRU!!

maksud*BIRU*
B- blue 
I- ingat 
R- rosak
U- umat

member aku cakap.

Tuesday, 18 September 2012

Monday, 17 September 2012

Sunday, 16 September 2012

Segmen : Who Is The Best Seller ?

nak join satu segmen ni


tag: dia

  • First sentence : welcome to my 'semak' blog
  • Second sentence : my blog my rules
  • Colour : aqua blue
  • Doodle ( link ) : x mau
 cam ne ke?
 *cuba memahami

Greennnpanda Craft's 1st Giveaway


"Curi-Curi Suka" Giveaway!

assalammualaikum!!


PRIZE DETAILS:

PRIZE x 5
Winners will receive book "Curi-Curi Suka" by Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)
**Books will be signed by the author. Thank you Liyana Zahim

PRIZE x 10
Winners will receive EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

PRIZE x 10
Winners will receive EZ Button (Limited Edition)
 

Saturday, 15 September 2012

tutorial: tukar theme google chrome

dah lama tak buat tutorial.
so malam ni, dengan penuh semangat aku akan ajar korang macam mana nak tukat theme google chrome
hari tu aku dah ajar cam ne nak tukar theme google chrome. rujuk post ni
rupa theme google chrome tu macam ni


nak tukar?
memula bukak link ni
 lepas tu dia akan keluar macam ni


korang pilih lah mana yang korang berkenan.
cari kat bahagian categories
bila korang dah pilih mana yang korang berkenan dia akan keluar macam ni


then tekan apply theme


bila korang dah tekan dia akan keluar macam ni





tunggu beberapa saat.*kalau internet korang laju lah. kalau slow memang ambik masa sikit
lepas tu siap!!


selamat mencuba :D

Thursday, 6 September 2012

zyraroxx: follower datang bertubi-tubI

petang jumaat yang indah ni aku nak join satu segmen ni
yang dianjurkan oleh zyraroxx


bil. follower: 58 je

*gempak gila banner dia

tak suka dengan syair siti sianah

hari ni time waktu BM aku belajar komsas tajuk syair siti sianah.
malu kot!!!
syair tu macam perli aku aje.

SYAIR SITI SIANAH
Setengahnya perempuan terlalu janggalnya ,     
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.


Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada berhingga.


Setengah perempuan sangat pesolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.


Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang Setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
seperti buaya besar mulutnya.


Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.


Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.


Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila.


Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.


Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
kerana perangai sudah membadi.


Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakaun yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk di buntut.

Abu Hassan Sham.
Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993
Dewan Bahasa dan Pustaka.

MAKSUD RANGKAP SITI SIANAH
Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan
membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.

Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan
menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.

Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang
masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.

Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan
tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.

Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk
menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.

Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata
untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.

Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal
lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.

Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat.
Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan
mereka diketahui Allah.

Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada
segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak
berakhlak.

Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya
selama ini.

Rangkap 11
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang
tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.

lagi2 tang rangkap 2,7,8,
walaupun tak banyak. 
member kelas aku pandang jugak lah dekat aku.
dah lah yang buat pembentangan ni budak mesir. 
malu dowh...
mesti dia tau aku shok kat dia.
mood: down =.='

Wednesday, 5 September 2012

tutorial: tukar highlight colour

assalammualaikum...
tutorial kali ni simple aje.
nak tukar highlight colour macam ni

*click untuk tumbesaran

1) dashboard > design > Edit HTML > tick expand widget templates
2) tekan Ctrl+F dan search code ni;
a:link {
3) paste code ni dan paste atas code a:link {

::-moz-selection {
background:#00ccff;
color:#ffffff;
}

::selection {
background:#00ccff;
color:#ffffff;
}

4) preview dulu. kalau puas hati baru save

*warna merah-tukar dengan warna yang korang suka
*code warna boleh cari kat sini

Sunday, 2 September 2012

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3

assalammualaikum...
nak join segmen miss Z ni


bil. follower: 26
negeri asal: Perak Darul Ridzuan

Saturday, 1 September 2012

tutorial: border macam saya di post title dan sidebar

assalammualaikum...
tutorial kali ni agak susah sikit so sila backup template korang sebelum mencuba.
jadi apa-apa aku tidak akan bertanggungjawab.
tapi untuk denim aje lah yang aku tahu.
sebab aku bukannya tahu code untuk template lain.
sori! tak dapat aku nak tolong

1) dashboard > design > Edit HTML > tick expand widget templates
2) tekan Ctrl+F dan search code ni;
untuk post title: .post-title {
untuk sidebar: .sidebar h2 {
3) kalau ada anak-anak code macam kat bawah ni tolong delete


4) paste code bawah ni kat bawah code .post-title {
faham?


margin: 4px;
padding: 6px;
font-size: 16px;
font-family: karmatic arcade;
text-align: center;
background-color: #fff;
border:1px solid #33ccff;
border-bottom-right-radius: 10px;
border-bottom-left-radius: 10px;
border-top: 6px solid #33ccff;
padding: 4px;


5) preview dulu. kalau okay baru save

tutorial: button follow atas papan

assalammualaikum...
sebenarnya aku tak tahu apa nama benda alah ni.
so aku bagi aje lah nama button follow atas papan.
pelik? aku setuju.
button follow atas papan ni rupa dia macam ni;

*click untuk tumbesaran

cara nak buat
 dashboard > design > page element > HTML/JAVASCRIPT
paste code ni

<div style='position: static; top:0px; right: 0px; width:100%; position:fixed; padding:3px; background:#ff9933; opacity:0.8; color:#000000; font-size:13px;text-align:left;'><center>Welcome to my paradise! <a href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=2949268514653689961">+Follow</a>  |  <a href="http://www.blogger.com/home">Dashboard</a></center></div>

*yang warna merah-tukar dengan warna yang korang suka
*warna oren-tukar dengan ayat korang sendiri
*warna kuning-blog ID korang.

selamat mencuba :D

tutorial: tukar theme mozilla firefox

assalammualaikum
first time buat tutorial :D
aku dulu selalu tukar  theme moziila firefox ni time memula tau cara buat.
rupa theme moziila firefox tu macam ni 


yang dalam bulatan tu.
cara nak tukar;
memula bukak
link ni
dah bukak lepas tu pilih lah mana yang korang suka kat bahagian gallery.
contoh korang nak yang macam ni


lepas tu akan keluar macam ni


lepas tu siap!


cun tak?
selamat mencuba..
credit: eiqa azra

Segmen : Up Follower by Balqis

*click banner untuk join

ramai2 ler join. sori. tak ramai kawan kat blogger. jadi tak tahu nak tag siapa. aku ni forever alone.