Thursday 6 September 2012

tak suka dengan syair siti sianah

hari ni time waktu BM aku belajar komsas tajuk syair siti sianah.
malu kot!!!
syair tu macam perli aku aje.

SYAIR SITI SIANAH
Setengahnya perempuan terlalu janggalnya ,     
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.


Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada berhingga.


Setengah perempuan sangat pesolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.


Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang Setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
seperti buaya besar mulutnya.


Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.


Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.


Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila.


Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.


Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
kerana perangai sudah membadi.


Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakaun yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk di buntut.

Abu Hassan Sham.
Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993
Dewan Bahasa dan Pustaka.

MAKSUD RANGKAP SITI SIANAH
Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan
membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.

Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan
menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.

Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang
masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.

Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan
tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.

Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk
menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.

Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata
untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.

Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal
lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.

Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat.
Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan
mereka diketahui Allah.

Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada
segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak
berakhlak.

Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya
selama ini.

Rangkap 11
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang
tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.

lagi2 tang rangkap 2,7,8,
walaupun tak banyak. 
member kelas aku pandang jugak lah dekat aku.
dah lah yang buat pembentangan ni budak mesir. 
malu dowh...
mesti dia tau aku shok kat dia.
mood: down =.='